Apa khabar bulan..?
lama tidak bersua
bukan tiada ingatan
bahkan selalu sahaja
menyebut dan mengenang
yang jauh di sudut hati
Kamu sihat bulan..?
lama tidak bertanya khabar
bukan tak sudi tapi menjaga
kadang aku fikir kamu tak suka
kerana kamu kadang2 tidak membalas tanyaku
lalu ku intai dari jauh
untuk nyata kamu sihat
Bagaimana hidup kamu bulan..?
lama kamu tidak bercerita
tapi aku titipkan doa kebahagiaan buat mu
selalu selepas solat ku
tanda ingatan hati buat mu
yang mahu melihat kamu bahagia
kerana bahagia mu bahagia ku jua
Kamu tak ingat aku bulan..?
tak mengapa
tak perlu kamu jawabnya
kerana memadai bagiku
pancaran sinar
di kala kamu mengambang
Aku rindu kamu bulan
Aku rindu kamu..
Rindu... !
No comments:
Post a Comment